← Back to DiscoverLifestyle

Beli Barang Branded Baru vs Preloved, Mana Lagi Berbaloi?

MoneyX blog — Beli Barang Branded Baru vs Preloved, Mana Lagi Berbaloi?

Bezakan Nilai dan Keaslian

Kalau beli barang baharu dari butik atau gedung rasmi, item itu sememangnya asli, jadi tak perlu risau akan ditipu. Tetapi jika beli barangan preloved, anda perlu ada sedikit ilmu untuk mengenal pasti keaslian barangan tersebut. Banyak kes berlaku di luar sana, penjual menjual barangan palsu pada harga seperti asli.

Bagi mengelakkan kejadian ini, gunakan khidmat pengesahan yang dipercayai atau belajar sedikit tentang perincian barang (nombor siri, material, jahitan dan sebagainya).

Harga dan Bajet

Barang baharu selalunya datang dengan harga tetap, jarang boleh tawar-menawar, apatah lagi jika barangan itu masih lagi menjadi rebutan ramai. Berbeza dengan barangan preloved, memang banyak peluang untuk dapat harga yang lebih rendah. Ada kalanya boleh sampai 50 hingga 70 peratus daripada harga asal!

Untuk memastikan bajet anda kekal terkawal dan perbelanjaan lebih terancang, anda boleh gunakan platform seperti MoneyX. Dengan ciri pintar untuk memantau aliran tunai, nilai aset dan bajet bulanan, MoneyX bantu anda buat keputusan pembelian yang lebih bijak.

Keadaan Barang

Barangan berjenama jika dibeli baharu, mestilah sempurna tiada calar, benang tertetas atau warna pudar. Tetapi kalau beli secara preloved, jangan harapkan untuk dapatkan kondisi sebegitu. Kecuali jika anda mencari betul-betul, ada sahaja penjual yang menjual barangan yang masih seperti baharu.

Jika membeli secara atas talian, penting untuk membaca deskripsi dengan teliti dan minta gambar secara dekat bagi memastikan barangan itu berbaloi untuk dibeli. Pastikan juga penjual jujur dan mempunyai ulasan yang baik.

Nilai dan Pelaburan

Tidak semua barangan berjenama mampu mengekalkan nilainya. Sesetengah item mengalami penurunan harga hanya selepas beberapa bulan dibeli. Namun, sekiranya barangan tersebut merupakan keluaran terhad atau sukar didapati (rare item), nilainya berpotensi untuk meningkat meskipun dibeli dalam keadaan terpakai.

Lebih Mesra Alam

Membeli barangan preloved bukan sahaja menjimatkan, malah turut menyumbang kepada usaha mengurangkan pembaziran. Industri fesyen merupakan antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar dan dengan memilih barangan terpakai, anda secara tidak langsung menyokong gaya hidup yang lebih mampan dan lestari.

Sama ada anda memilih barangan baharu atau preloved, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Apa yang penting ialah membuat keputusan berdasarkan bajet, keperluan dan keutamaan diri, bukan semata-mata mengikut trend tanpa pertimbangan.

Jika anda seorang yang suka merancang kewangan, aplikasi seperti MoneyX boleh bantu anda kawal bajet dengan lebih jelas. Selain itu, elakkan daripada berhutang hanya untuk memiliki barangan berjenama. Paling utama, pastikan barangan yang dibeli adalah tulen.

Beli Barang Branded Baru vs Preloved, Mana Lagi Berbaloi? — MoneyX Blog