Jimat Bil Elektrik Jangka Panjang
Tenaga solar adalah sumber tenaga yang percuma berbanding bahan api konvensional. Pemasangan sistem solar membolehkan anda mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga elektrik daripada grid utama seperti TNB.
Dengan menjana tenaga sendiri dari cahaya matahari, anda boleh lihat penurunan drastik dalam bil elektrik bulanan. Malah, ramai pengguna melaporkan penjimatan lebih 50 peratus dan ada juga yang tidak perlu membayar apa-apa langsung kerana tenaga yang dijana mencukupi untuk kegunaan seharian.
Mesra Alam & Kurangkan Jejak Karbon
Hari ini, kebanyakan elektrik masih dijana melalui pembakaran bahan api yang boleh menyebabkan pencemaran seperti arang batu, gas dan minyak. Berbanding tenaga matahari yang bersifat semula jadi dan tanpa had, menjadikannya sumber tenaga yang boleh dipercayai untuk memastikan kelestarian tenaga jangka panjang dan alam sekitar yang lebih sihat.
Pelaburan Jangka Panjang
Memang benar kos permulaan untuk memasang sistem solar agak tinggi. Namun begitu, sistem ini mempunyai jangka hayat antara 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh itu, anda bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik secara konsisten, malah berpotensi menjimatkan ribuan ringgit dalam jangka masa panjang.
Tingkatkan Nilai Hartanah
Rumah yang dilengkapi sistem solar biasanya dianggap lebih moden, efisien dari segi tenaga dan mesra alam. Ini menjadikannya lebih menarik di mata pembeli rumah yang celik teknologi. Secara tidak langsung, rumah anda mungkin dinilai lebih tinggi di pasaran hartanah.
Sumber Kuasa Tambahan ketika Gangguan Bekalan
Beberapa sistem solar dilengkapi dengan bateri simpanan tenaga. Fungsi ini sangat berguna apabila berlaku gangguan bekalan elektrik. Tenaga yang telah disimpan boleh digunakan untuk memastikan lampu, kipas atau peralatan penting lain terus berfungsi walaupun bekalan utama terputus.
MoneyX Tawarkan Solusi Tenaga Solar
Sebagai platform kewangan digital yang komited terhadap kelestarian, MoneyX kini memudahkan rakyat Malaysia untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui melalui dua penyedia utama, Solaroo dan Milieu Solar.
Walau bagaimanapun, sebelum memasang sistem solar, pastikan struktur bumbung rumah anda kukuh dan sesuai. Rujuklah kepada mereka yang lebih pakar sebelum membuat keputusan. Selain itu, rumah juga perlu menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi memastikan sistem beroperasi secara optimum.
Melalui platform seperti MoneyX, proses untuk memasang sistem solar kini jauh lebih mudah, telus dan menguntungkan. Kini masanya untuk bertindak. Pilih tenaga bersih. Pilih penjimatan. Pilih MoneyX.

